oh, ye aku perlukan laptop baru. macbook mungkin, puii. mungkin mak boleh bantu.
Thursday, 27 September 2012
entry ini penuh perasaan
perit, jerih, perih, terik, pekik, lolong, demam, sakit, pening, homesick, tensi, tekanan, kosong, sunyi, lapar, dahaga, bosan, sibuk, sebak, sendu, esak, sentap, rentap, bentak, pujuk, rayu, bodek, give up, dan seangkatan dengannya. tiada siapa mampu melayan kecuali mak. keajaiban berlaku setelah on call dengan mak, percayalah. the power of mak. mak memang awesome.
Friday, 14 September 2012
entry ini impromtu
tiba-tiba aku terfikir ke mana aku seterusnya. hijrah bermula, hijrah dari segalanya. semuanya bermula di serdang. bagaimana agaknya masyarakat serdang. bagaimana agaknya hari-hari ijazah pertama aku di serdang. dan seterusnya sehingga empat tahun kemudian. buat masa ini fantastik. bangkit saja darah muda. kembara aku masih jauh.
Friday, 17 August 2012
dongeng itik
ok. terlalu nampak perbezaannya. terima kasih! seperti yang aku cakap, kau yang buat semuanya, tapi kenapa lain untuk setiapnya. dari layanan jelas segala. tona suara terbukti semua. lagi, teguran berunsur sarkastik, manyakitkan hati. oh, mungkin macam dongeng anak itik yang hodoh. ini pengajaran, setiap kisah ada iktibar. faham! geram nak cuba kurang ajar. cuma aku harap suatu hari kau sedar siapa yang paling tahu erti dan nilai menghargai. juga aku harap dijauhi dari aku dan juga keturunan aku.
Wednesday, 1 August 2012
saja nak komen
aku pasti semua spesies homosapien mahukan kebebasan, bahkan binatang juga mahukan kebebasan.
bebas! bebas di sini bukanlah bermakna hidup dalam kebebasan tanpa pegangan. tetapi, kebebasan dalam membuat keputusan. kebanyakkan masyarakat asia kongkong golongan wanita tak kiralah isteri, anak perempuan, anak saudara perempuan, adik perempuan, teman wanita ecsetra dalam kebebasan mereka membuat keputusan, sedangkan kebanyakkan negara maju dinilai dari sejauh mana wanita mereka mampu membuat keputusan sendiri. wanita kaum yang lemah. ah! sterotaip! apa kurangkan kalau buat keputusan sendiri, at least dapat puaskan hati sendiri dari puaskan hati orang lain saja. mereka bukan lagi anak kecil yang masih berbarut atau berlampin. mereka ada akal dan boleh berfikir apa kemahuan mereka dan samaada ianya baik atau buruk. dah! tak payah menyibuk. puii!
Saturday, 16 June 2012
teman
Aku tidak kisah jika aku disusahkan.
sebab aku fikir engkau teman.
cuma aku hanya perlukan sedikit penghargaan,dan sedikit tumpuan, cuma sedikit!
Itu sudah memadai bagi aku.
Percayalah.
tak sangka engkau sahabat dikala susah.
mungkin kini engkau sedang senang.
sebab aku yakin sahabat sejati takkan pernah berubah hati.
cuma aku nak pesan,
carilah aku bila-bila waktu,
kerana aku sahabat susah senang,
bukan macam engkau!
Sunday, 20 May 2012
persoalan, jawapan.
ini perihal perasaan dan harapan tetapi menjadi persoalan. semoga dipertemukan jawapan. meminati, mencintai, serta memiliki. adalah perasaan juga harapan. minta pada Tuhan, kosongkan jiwa segera biar dipenuhi dengan zikir puji namaMu. terima, pasrah, redha, rela, ini kerja Tuhan, jika ada, ada lah. biar tinggal sejarah walau sebenarnya tidak melakar secalit pun. mungkin memang suratan. nasib tiada peluang, kalau tak, lebih merana tahap petala. sebab aku pasti, tidak kental, tidak tabah. kecewa dalam sengih, tak pasti, gembira dalam sinis atau sarkastik. semoga bahagia, harap dia hasil doa di jabal rahmahmu, pelengkap rusuk kirimu, tong oksigenmu, bulan pada malammu, matahari pada siangmu, dang wangi pada hang jebatmu, siti khadijah pada muhammadmu. seandainya dia cuba titipkan bajingan, aku cuba jadi serigala jadian.
Friday, 11 May 2012
biar jiwa
renung sinar mentari, sambil gigit bibir sendiri, lamakah lagi? aku begini? alang indah bulan terang, nyalaan sinar dengan bintang. alang bunga kembang, indah pekat warna menyala. berkali aku bisik padaMu, minta beri hati yang tak buta, tak tuli, dan tak bisu. sungguh aku syukur.
Thursday, 10 May 2012
hari-hari hari ibu
Melahir, menyusu, mengasuh, mengacah, meniarap, merangkak,
bertatih, berjalan, berlari, mengeja, membaca, mengira, mengorat dan semuanya
adalah angkara bonda. Sungguh, semua berinspirasikan ibunda hingga infiniti. Izharlah,
bonda segalanya, dari merah bayi hingga dewasa kini. Aku bersyukur punyai
pari-pari sepertimu, semoga ibunda bahagia. Akukan terus memeluk dan menciummu.
Aku janji.
Hilaian tawaku membelah langit memberi seinfiniti makna buat
bonda yang bergembira tahap maksima, sekelip melupakan penderitaannya. Jelas,
bonda adalah perajurit tegar mendewasakan aku tanpa rungutan. Melayani aku yang
bermacam karenah, malah tetap diaju acahan dan gurauan bonda, yang penting aku
bergembira. Mulianya kau dan ku pasti milik syurga kelak.
Tuesday, 1 May 2012
mana rasa?
sumpah, memang aku perlukan perhatian. kasihan. bengang sampai petala, kau pentinglah semua sampai aku tak rasa yang perlu kau beri dan apa yang patut aku rasa. tak kisah sebenarnya sebab memang dah biasa. bila nak rasa macam orang lain rasa entah, aku pun tak rasa yang aku akan rasa. takpa aku redha. aku akan cuba beri rasa kepada sesiapa yang perlu merasa, supaya dia tak terasa apa yang aku rasa. rasa sayang hey rasa sayang sayang hey. tolonglah terasa dengan apa yang aku rasa ni wahai manusia yang tak cuba tunjuk nak beri rasa walaupun aku tahu dia juga rasa.
nasib jadi baik
bodoh? entah. baik? susah sebenarnya. mak pesan, jangan baik sangat sampai orang anggap hang bangang. bangang ke? kesian kot. dah hidup hampir dua dekad tapi satu benda pun tak tahu. tolonglah berdikari, jangan terlalu bergantung, macam ni nak survive? ah, malas nak ungkit, ok, aku ikhlas. nak minta tolong sila berpada. jangan ingat kau saja ada hati? hati kau saja ke nak jaga? ya, kau ada hati tapi tiada hati perut. sekian! sumpah aku bengang.
Friday, 16 March 2012
ada beran?
hidup memang macam menunggang basikal, untuk mengimbangi memerlukan kita terus bergerak. tak semua yang kita mimpi mudah kita capai, kalau macam tu bukan kehidupan namanya sebab kehidupan ni memang celaka, tetapi penuh kemanisan dan penuh adventure. macam yang kita tahu, orang yang berjaya lebih banyak kali gagal dan lebih berat dugaan sepanjang plot kehidupannya, dan mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semula akan terjamin kejayaannya. tetapi kejayaan itu bukan bermakna tidak melakukan kesilapan, cuma tidak membuat kesilapan yang sama dua kali. memang homo sapiens penat dengan agoni tetapi mereka perlu pupuk semangat antusias tidak kira mereka normal mahupun disleksia sebab semua mereka yang berjaya memiliki sifat yang sama, iaitu berani gagal, berani berimpian, berani mencuba dan berani untuk mencapai impian yang ingin direalisasikan. konklusinya adalah berani.
Kejayaan seumpama kekasih, it'll leave us at anytime, tapi kegagalan adalah macam ayah atau mak kita, dia ajar pengertian hidup. agcoco-
Kejayaan seumpama kekasih, it'll leave us at anytime, tapi kegagalan adalah macam ayah atau mak kita, dia ajar pengertian hidup. agcoco-
Sunday, 19 February 2012
Mereka orang kaya
Bila cakap pasal kaya semualah raja. Semua nak jadi macam
Bill Gates raja komputer, tapi tak bergerak mana pun. Sembang bukan main lagi
‘gedegang’nye. Bila sebut pula Warren Buffet semua menggila nak jadi raja
pelaburan juga, tapi hampeh, bercakap mengalahkan ombak besar padahal ombak
rindu pun tak tahu. Raja komunikasi si Carlos Slim Helu pun ramai berangan nak
jadi macam dia. Tapi berlagak pakar semua, berborak engkaulah ‘google’ semua
benda kau kelentong. Ye, memang kau sorang yang tahu semua. Ingvar Kamprad si
raja perabut juga menjadi inspirasi. Sibuk nak buat perabut juga, sekalinya
perabut entah ke mana, berserabut yang tinggal. Sibuk berbincang perihal si
raja besi Lakshmi Mittal, dan engkau pon akui nak jadi besi. Besi ape kau nak
jadi? besi buruk lah kot. Hina besi sebab karat tapi hina kau sebab bangsat. Mereka kaya, kau kayap, akhirnya tertiarap.
Thursday, 9 February 2012
tanpa tajuk
tak kira apa saja cara kau berhubung, pasif, agresif, asertif mahupun manipulatif, semua berhubung kait dengan perumpamaan keturunan, walid borek walad rintik, ah lebih kurang! semua yang rigid diomel mahu yang dinamik, sila beruntung dengan apa yang ada. sila sedar yang diri hamba yang majnun tanpa mukjizat. sekian dengan sunggingan senyuman.
Wednesday, 18 January 2012
3 dalam 1
toleh kiri kanan bawah, tapi bukan belakang, mencari peluang yang tak pasti. terlintas menari nari syaitan sambil pegang tongkat garfu, lesap terpadam disembur aerosol, terlintas pula kesedaran, bermonolog di mana persediaan diri? wahai si tak sedar diri! terasa nak kutuk diri sebab tak sedar diri sampai tahap sembilan point sembilan, tapi bukan seratus peratus, tapi bukan juga sesiapa yang perlu dipersalahkan kerana memang begitu hakikatnya kot. sial! aku tak pasti. tapi yang pasti aku merencana cuma tak pasti berjalankah? ah, sekurang-kurangnya aku berencana. celakanya keliru. memilih dan dipilih aku tak tahu mana nak pilih sebab aku tak nak menyesal lagi dengan pilihan. semua tanya, azam tahun baru? aku kerut dahi, tercantum kening aku yang lebat ni, memang nak berazam perlu tunggu tahun baru ke? terbermonolog sekejap. spontan terfikir. tak lah sial, setiap masa kita ada azam baru doh. malas nak ulas, sebab kesal dengan mentaliti begitu, cukup sampai situ kau tahu. blah!
sampai tua, FJ
kasih
kesatkanlah air mata
ku dah tiba
kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita
kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua
sampai tua
aku ada
sampai tua
takkan ku takut
P/S; seriously entry ni untuk mak ayah aku
Monday, 24 October 2011
bukan beban
jangan anggap beban tapi yakin cabaran. tongkah derita jiwa lara. korban masa berpantang rasa yakini usaha insyaallah jaya. sokongan dorongan semangat keyakinan perlu disamping bermudik jangan sampai terlepas pendayung takut terganggu dayungan risau karam dilautan. semuanya akan ok!
Friday, 14 October 2011
entah
Melukis derita dan kecewa dalam kemurungan yang mendung pada zaman kelabu. kita hanya miliki dunia yang harus dikongsikan, dan oleh itu kita akan mendiami dunia yang bertindih makna dan peristiwa. kepada berbicara perlahan diajar pejal tulang suara, kepada yang gemar tidur diajar nikmat bangun dan kepada yang tak pernah tenang, diajar kelegaan bernafas panjang. sila jaga diri.
Tuesday, 20 September 2011
take care alang
Wednesday, 7 September 2011
tolong terima
mendagu, mendongak ke langit jingga, berselerakan awan kumulonimbus dan sirus, menyaksikan pemergian matahari untuk bertukar tugas dengan bulan sebelum disertakan dengan bentangan permaidani bintang. hukum alam yang tak pernah ingkar arahan tuhan. ah, hari semakin berganti. aku perlukan tiga puluh jam sehari dan sepuluh hari seminggu. tapi takkan ada hukum alam sebegitu. tiada! tak payah nak mencarut, terima apa yang ada. belajar menerima rezeki. titik!
Wednesday, 27 July 2011
gelegak
kau bilas berak pakai sanitiser, tak macam aku lap guna papirus. aku pakai sarong coklat tua reput, kau ikat leher guna dasi pekat menyala. kau mandi dalam jakuzi malah aku timba telaga. aku tidur atas mengkuang usang, kau terlentang atas tilam dalam tenggelam. gadjet aku besar warna biru masuk syiling, tapi kau pakai gadjet mewah skrin sentuh. kasut aku polo dari golok tapi kau dolce and gabana import jauh. kau lepak starbuck minum kapocino, tapi aku singgah mamak mintak teh o. kau bercuti siap guna pasport, cuti aku cuma kekah pokok getah mohon susu. bedak aku bedak sejuk campur air, tak macam kau bedak lancome dari paris. kendera kau lambang W besar lengkap dengan pemandu cekap, tapi aku cuma kendera kotak ada empat puluh empat kerusi penumpang. terlalu jauh jarak kita bagai kutub utara ke kutub selatan. tapi kita tetap sama cuma hamba tuhan yang naif. jangan riak dengan hadiah tuhan takut tersumbat dalam tanah macam qarun. jangan fikir kau akan bahagia selamanya dengan semua yang kau ada jika kau tak pernah sedar yang semua nikmat tuhan beri itu sementara.
Subscribe to:
Posts (Atom)

