Thursday 6 June 2013

Rakan

Rakan. Definisinya terlalu subjektif. Terpulang kepada anda apa definisi sebenarnya. Macam-macam jenis aku dah jumpa. Banyak. Ya, terlalu. Dari yang setia dari bangkit dan lelap aku. Dari yang tak berkira sehabuk pun telah aku. Dari yang sokong dari setiap sudut aku. Dari yang mangampuh lebih-lebih aku. Kepada yang tertawa melihat kebaikan aku. Kepada yang menumpang kesenangan aku. Kepada yang mengambil kesempatan kelebihan aku. Kepada yang hanya timbul dalam kebahagiaan aku. Rakan itu berbisa. Kerana itu bagi aku bff itu tidak wujud istilahnya. Semua sama, tiada yang lebih juga tiada yang kurang, tiada yang istimewa tiada yang special. Tidak aku pilih kasih. Kerana apa, kau bukan adik-beradik aku pun. Semak.

No comments:

Post a Comment