Sunday 15 August 2010

kenapa??


Aku kata pulas, engkau kata hempas...tak tahan rasa macam nak bidas..sekali aku bagi ampun dua kali aku jadi penyamun.. ikut kebal dia yang keras maklum saja adamlah dia. siapa kata hawa durjana, kerana hawa adam tertewas..tanpa hawa adam tak kemana, menagih kasih dahaga cinta..gugur setitis cairan mata si hawa bisa melumpuh adam si tegap. hawa bukan sebab utama tapi ada satu musabab. cinta hawa ibarat konkrit tapi adam suka merengek. jemu pandang tak dihirau, sedih sangat nasib si hawa..teguh menanti walau tak pasti...adam gembira dilubuk puaka...hawa di sini setia membilang, jari dibilang tak terbilang, demi menongkah lautan rindu. bulan diriba tak dihirau, janji setia pada si adam. hawa gersang menanti adam tanpa hirau makan dan pakai... hawa redha adam pergi..hawa penat terus lelap.. tinggal cuma satu amanat...kini adam baru tahu betapa dirinya ibarat kera..hanya mampu menghidu nisan... amanat diberi janganlah alpa untuk membentuk insan sejahtera... walau adam macam puaka hawa tetap anggap pusaka.. betapa mulai hati si hawa, kenapa dia masih bisa ditindas??

Tuesday 10 August 2010

[h][i][d][u][p]


Sebuah rumah yang besar boleh kita beli,
tetapi bukan sebuah kediaman;
Buku yang banyak boleh kita beli,
tetapi bukan membeli pengetahuan;
Pangkat darjat boleh dibeli,
tetapi kehormatan tidak jua dimiliki;
Seks juga boleh dibeli,
tetapi kita tidak boleh dijual beli;
Darah boleh dibeli tetapi,
kita tidak boleh membeli sebuah kehidupan;
Hargailah sebuah kehidupan...

Friday 6 August 2010

Manusia itu tanah

Hidup ini terlalu singkat, malang jika kita penuhkan dengan sengketa dan air mata. Hidup ini tak selalu indah kerana di situ terletak indahnya kehidupan. Siapa kita untuk bercakap soal hidup dan mati, tugas kita sebagai manusia hanya beramal dan terus beramal. Mengingati mati itu adalah sunat, tetapi merancang untuk mati bila itu otak sendat. Hanya Dia yang mencipta kita tahu tugasNya, kita sebagai hambanya perlu duduk berteleku dongak kepala rapatkan tangan terus mantapkan keimanan kepada Dia yang maha Esa. Sedarkah kita hai manusia yang hina, kononya kita dicipta dari tanah. Bukan dicipta dari tanah sebenarnya tetapi berasal dari tanah. Saintis inggeris menyangkal keras kerasan statement tu. Mereka menyatakan manusia sebenarnya dicipta dari sel terkecil sperm yang disenyawakan dengan sel terbesar ovum dan seterusnya menjadi zygote, morula, blastocyst dan membesar menjadi embryo dan seterusnya feotus sehingga lahirnya bayi. Bukanlah kita ini terlalu jahil untuk mengatahui semua perkara itu, cuba pejamkan mata bukan untuk tidur tetapi berfikir sedalamnya sememangnya kita hidup sangat memerlukan oksigen. Oksigen dihasilkan daripada proses fotosintesis yang dijalankan oleh tumbuhan hijau yang hidup subur tertanam dalam tanah. Tanah?? asal kita?? Izhar di sini, kita manusia sangat dekat dengan tanah hinggakan kita mati juga ditanam dalam tanah dan mereput hingga kembali kepada tanah. Ghalibnya, kita lupa untuk berfikir dengan baik dan sempurna seiring dengan ciptaan Tuhan yang sehingga kini masih belum dapat dicipta oleh manusia iaitu otak. Sedarlah hai manusia, ubahlah penerimaan tepuklah dada tanya selera, janganlah kita sudah menjadi kura-kura terlentang baru hendak memulakan langkah untuk menghargai kehidupan itu.