Saturday 30 October 2010

(a)(k)(u)


aku bukanlah gadis yang manja
tak sama seperti mereka
akulah aku
gadis biasa
diriku penuh tawa dan ria
yang sebenarnya tiada siapa mengerti
apa yang telahku lalui
inilah cara ku curah isi hati
ku nyanyikan lagu dan puisi
walau ku begini
aku mudah disenangi
gelak tawa disisi
senyuman tiada henti
ku ceria setiap hari
aku suka pelangi
walau sukar dicari
penuh warna warni
sungguh indah sekali
aku suka menyanyi
namun benci menari
yang masih mencari
hasrat di dalam hati
aku begini
masih begini
inilah aku

Saturday 4 September 2010

rawat hati


aku pandang sengih...engkau balas sinis...aku tanya baik...engkau jawab taik...aku ikrar benci engkau...sumpah tak nak dekat, sumpah aku hindar...engkau lah paling hebat...aku ini dungu belaka..bangga lah, teruskan berbangga, benci, sungguh jelik lihat engkau,, sombong, berlagak dari merak..padahal macam gagak, konon kaya guna duit bapak..kereta besar rokok panjang...kiri kanan diapit balaci tegap, wanita malang perjudi diri..wahai saudara sedarlah kawan..kita serumpun sebahasa, sebangsa, seagama...malah senegara, lain kau bijak layak ke seberang...engkau bebal tak bisa sangkal, engkau dongak bintang di langit jangan lupa rumput di kaki, di mana kau ada kau tetap hamba tuhan walau gelongsor pelangi citra warni, itu tetap milik tuhan, engkau juga milik tuhan termasuk kau berjalan pijak bumi tuhan. kau jatuh terhunus, kau tak mampu membayar nyawa walau emas sampai langit, hidup kau tak punya apa-apa, apa kau sedar kasih bisa tepis segala, tak kira kasih si kekasih, kasih sang keluarga, kasih para guru, kasih seorang teman sahabat...kasih membuak-buak dengan sayang, berlari mengendong sayang penuh tertib risau berselerakan...itulah erti...masih lagi berpuluh-puluh kali tak faham...ramas jari jemari, genggam penuh erat tumbuk meja kuat...bingkas bangun tunai solat penuh rukun. bangunlah hai kawan....


Sunday 15 August 2010

kenapa??


Aku kata pulas, engkau kata hempas...tak tahan rasa macam nak bidas..sekali aku bagi ampun dua kali aku jadi penyamun.. ikut kebal dia yang keras maklum saja adamlah dia. siapa kata hawa durjana, kerana hawa adam tertewas..tanpa hawa adam tak kemana, menagih kasih dahaga cinta..gugur setitis cairan mata si hawa bisa melumpuh adam si tegap. hawa bukan sebab utama tapi ada satu musabab. cinta hawa ibarat konkrit tapi adam suka merengek. jemu pandang tak dihirau, sedih sangat nasib si hawa..teguh menanti walau tak pasti...adam gembira dilubuk puaka...hawa di sini setia membilang, jari dibilang tak terbilang, demi menongkah lautan rindu. bulan diriba tak dihirau, janji setia pada si adam. hawa gersang menanti adam tanpa hirau makan dan pakai... hawa redha adam pergi..hawa penat terus lelap.. tinggal cuma satu amanat...kini adam baru tahu betapa dirinya ibarat kera..hanya mampu menghidu nisan... amanat diberi janganlah alpa untuk membentuk insan sejahtera... walau adam macam puaka hawa tetap anggap pusaka.. betapa mulai hati si hawa, kenapa dia masih bisa ditindas??

Tuesday 10 August 2010

[h][i][d][u][p]


Sebuah rumah yang besar boleh kita beli,
tetapi bukan sebuah kediaman;
Buku yang banyak boleh kita beli,
tetapi bukan membeli pengetahuan;
Pangkat darjat boleh dibeli,
tetapi kehormatan tidak jua dimiliki;
Seks juga boleh dibeli,
tetapi kita tidak boleh dijual beli;
Darah boleh dibeli tetapi,
kita tidak boleh membeli sebuah kehidupan;
Hargailah sebuah kehidupan...

Friday 6 August 2010

Manusia itu tanah

Hidup ini terlalu singkat, malang jika kita penuhkan dengan sengketa dan air mata. Hidup ini tak selalu indah kerana di situ terletak indahnya kehidupan. Siapa kita untuk bercakap soal hidup dan mati, tugas kita sebagai manusia hanya beramal dan terus beramal. Mengingati mati itu adalah sunat, tetapi merancang untuk mati bila itu otak sendat. Hanya Dia yang mencipta kita tahu tugasNya, kita sebagai hambanya perlu duduk berteleku dongak kepala rapatkan tangan terus mantapkan keimanan kepada Dia yang maha Esa. Sedarkah kita hai manusia yang hina, kononya kita dicipta dari tanah. Bukan dicipta dari tanah sebenarnya tetapi berasal dari tanah. Saintis inggeris menyangkal keras kerasan statement tu. Mereka menyatakan manusia sebenarnya dicipta dari sel terkecil sperm yang disenyawakan dengan sel terbesar ovum dan seterusnya menjadi zygote, morula, blastocyst dan membesar menjadi embryo dan seterusnya feotus sehingga lahirnya bayi. Bukanlah kita ini terlalu jahil untuk mengatahui semua perkara itu, cuba pejamkan mata bukan untuk tidur tetapi berfikir sedalamnya sememangnya kita hidup sangat memerlukan oksigen. Oksigen dihasilkan daripada proses fotosintesis yang dijalankan oleh tumbuhan hijau yang hidup subur tertanam dalam tanah. Tanah?? asal kita?? Izhar di sini, kita manusia sangat dekat dengan tanah hinggakan kita mati juga ditanam dalam tanah dan mereput hingga kembali kepada tanah. Ghalibnya, kita lupa untuk berfikir dengan baik dan sempurna seiring dengan ciptaan Tuhan yang sehingga kini masih belum dapat dicipta oleh manusia iaitu otak. Sedarlah hai manusia, ubahlah penerimaan tepuklah dada tanya selera, janganlah kita sudah menjadi kura-kura terlentang baru hendak memulakan langkah untuk menghargai kehidupan itu.