Friday 10 June 2011

bermula di sini

degup jantung lebih deras dari derap langkah. di sini segalanya baru bermula. tak tegal kerana tak alah bisa. lihat manusia ibarat semut kelahi masuk lubang dengan bekalan, inilah persaingan. dongak ke atas renung keluasan langit dengan awan berselerakan, inilah keindahan. tunduk ke bawah, batu-batu hitam rata tersusun kelihatan, tetapi ini kesepian dalam realiti. tidak akan ada kehidupan yang aku angankan seperti syurga yang wajib kita imani, tetapi aku cuba untuk hidup seperti kehidupan yang aku angankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita-cita dan harapan. begitulah, celakanya kehidupan tetapi itulah kemanisan dan kepuasan yang sebenar. tujuh lautan perlu direnang, luas benua untuk direntas, masih jauh tak tercapai tetapi perlu sampai dalam seketika bukan sekelip mata kerana bahu memang berat memikul. minat perlu dibancuh dengan rasa kasih dan dedikasi setiap masa, cuma perlu bahu dan telinga untuk luahan rasa kerana dengan mendengar amat menakjubkan, dapat mengubah segala serta amat memahami dengan mendengar.