Sunday 20 May 2012

persoalan, jawapan.

ini perihal perasaan dan harapan tetapi menjadi persoalan. semoga dipertemukan jawapan. meminati, mencintai, serta memiliki. adalah perasaan juga harapan. minta pada Tuhan, kosongkan jiwa segera biar dipenuhi dengan zikir puji namaMu. terima, pasrah, redha, rela, ini kerja Tuhan, jika ada, ada lah. biar tinggal sejarah walau sebenarnya tidak melakar secalit pun. mungkin memang suratan. nasib tiada peluang, kalau tak, lebih merana tahap petala. sebab aku pasti, tidak kental, tidak tabah. kecewa dalam sengih, tak pasti, gembira dalam sinis atau sarkastik. semoga bahagia, harap dia hasil doa di jabal rahmahmu, pelengkap rusuk kirimu, tong oksigenmu, bulan pada malammu, matahari pada siangmu, dang wangi pada hang jebatmu, siti khadijah pada muhammadmu. seandainya dia cuba titipkan bajingan, aku cuba jadi serigala jadian.

Friday 11 May 2012

biar jiwa

renung sinar mentari, sambil gigit bibir sendiri, lamakah lagi? aku begini? alang indah bulan terang, nyalaan sinar dengan bintang. alang bunga kembang, indah pekat warna menyala. berkali aku bisik padaMu, minta beri hati yang tak buta, tak tuli, dan tak bisu. sungguh aku syukur.

Thursday 10 May 2012

hari-hari hari ibu


Melahir, menyusu, mengasuh, mengacah, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari, mengeja, membaca, mengira, mengorat dan semuanya adalah angkara bonda. Sungguh, semua berinspirasikan ibunda hingga infiniti. Izharlah, bonda segalanya, dari merah bayi hingga dewasa kini. Aku bersyukur punyai pari-pari sepertimu, semoga ibunda bahagia. Akukan terus memeluk dan menciummu. Aku janji.

Hilaian tawaku membelah langit memberi seinfiniti makna buat bonda yang bergembira tahap maksima, sekelip melupakan penderitaannya. Jelas, bonda adalah perajurit tegar mendewasakan aku tanpa rungutan. Melayani aku yang bermacam karenah, malah tetap diaju acahan dan gurauan bonda, yang penting aku bergembira. Mulianya kau dan ku pasti milik syurga kelak.


Tuesday 1 May 2012

mana rasa?

sumpah, memang aku perlukan perhatian. kasihan. bengang sampai petala, kau pentinglah semua sampai aku tak rasa yang perlu kau beri dan apa yang patut aku rasa. tak kisah sebenarnya sebab memang dah biasa. bila nak rasa macam orang lain rasa entah, aku pun tak rasa yang aku akan rasa. takpa aku redha. aku akan cuba beri rasa kepada sesiapa yang perlu merasa, supaya dia tak terasa apa yang aku rasa. rasa sayang hey rasa sayang sayang hey. tolonglah terasa dengan apa yang aku rasa ni wahai manusia yang tak cuba tunjuk nak beri rasa walaupun aku tahu dia juga rasa.

nasib jadi baik

bodoh? entah. baik? susah sebenarnya. mak pesan, jangan baik sangat sampai orang anggap hang bangang. bangang ke? kesian kot. dah hidup hampir dua dekad tapi satu benda pun tak tahu. tolonglah berdikari, jangan terlalu bergantung, macam ni nak survive? ah, malas nak ungkit, ok, aku ikhlas. nak minta tolong sila berpada. jangan ingat kau saja ada hati? hati kau saja ke nak jaga? ya, kau ada hati tapi tiada hati perut. sekian! sumpah aku bengang.