Thursday 6 December 2012

aku anak mak

saat pedih dan perit, ibarat tersedak wasabi semasa minum coke. betul-betul meruntun jiwa lara sehingga tahap sembilan point sembilan. aku percaya, tuhan takkan menduga sesuatu diluar kemampuan diri hambanya. kuat serta doa mengiringi. jatuh bangun perkara biasa dan itulah celakanya kehidupan tetapi manis indah sebenarnya. kerana, hidup, inilah dia, takkan kering ujian.

Sunday 25 November 2012

tulisan emosi


sudah lama aku tak menulis, aku memerlukan emosi untuk menulis. dan mungkin kini aku beremosi. jangan bimbang kerana entry ini tidak menduga rohani sesiapa. Mohon bertenang. Rasa dan emosi aku ini sukar untuk aku definisikan, tapi perasaan ini sama seperti perasaan ketika aku berkubang dalam longgokkan kain perca mak aku yang berterabur. Ahh, tenang sekali sehingga infiniti dan beyond. Oh ya, mungkin sebab nikmat balun nasi lemak ayam dara semalam. Ok lah. Aku nak kumpul tenaga untuk ke kelas, dapat markah tinggi boleh pergi cari jodoh. Baii.

Sunday 4 November 2012

nasi lemak untuk pagi ini

jika ditekan anak ini,
aku pasti nanti dia cuba memberontak.
jika dikongkong anak ini,
aku juga percaya dia perlukan kebebasan.
jika dipaksa anak ini,
aku yakin dia tetap melawan.
jika disekat anak ini,
aku duga dia sungguh terlara.
jika dikawal anak ini,
aku bimbang dia tertekan.
jika dikurung anak ini,
aku tahu dia sangat kecewa.
jika diabai anak ini,
aku kasihan kerana dia berhak perhatian.
jika didera anak ini,
aku tahu dia terlalu kesal.
jika dimarah anak ini,
aku faham dia perlu dihargai.
jika dibunuh anak ini,
aku selami mereka perlu kasihsayang.
berikan anak ini penghargaan, kepercayaan dan kasih sayang.
tidak perlu sogokan wang duitan,
cuma sesudu sokongan tulus dan padu,
bukan bebelan dan bayangan negatif,
lagipun segalanya sudah tertulis.
please lah, ini era 2012 ok!

Saturday 20 October 2012

mak bapak perlu baca.

'kau ingat senang aku nak beranakkan kau, besarkan kau, bagi kau makan, sekolah, duit belanja?', dialog yang selalu kita dengar bila anak-anak buat perangai, lagi-lagi dalam drama. tapi! setahu aku anak tu tak pernah minta pun untuk dilahirkan, mak bapak yang reka, kenapa anak yang jadi angkara? pandai buat, pandailah tanggung. lagi, 'ehh, spm kau hancur, memang tak jadi oranglah besar nanti', mungkin kalaulah anak punya spm cemerlang, bolehlah dijadikan topik bersembang petang-petang bersama jiran kot, 'anak aku straight a, anak kau ade?' puihh. aku tak rasa kita tak boleh berjaya tanpa degree, siapa cakap? jika anda yang cakap, bertaubatlah cepat. tipikal metaliti katak bawah tempurung, kampung! terimalah anak anda seadanya, sebab walau sebebal mana pun anak anda, mungkin itu juga dari gene anda sendiri. latihlah mereka seperti kawan sendiri, selami hati mereka. fahami mereka. bersyukur dengan pencapaian mereka.

p/s: maaf kalau bercanggah, ini blog aku suka hati lah.

Thursday 27 September 2012

entry ini penuh perasaan

perit, jerih, perih, terik, pekik, lolong, demam, sakit, pening, homesick, tensi, tekanan, kosong, sunyi, lapar, dahaga, bosan, sibuk, sebak, sendu, esak, sentap, rentap, bentak, pujuk, rayu, bodek, give up, dan seangkatan dengannya. tiada siapa mampu melayan kecuali mak. keajaiban berlaku setelah on call dengan mak, percayalah. the power of mak. mak memang awesome. 
oh, ye aku perlukan laptop baru. macbook mungkin, puii. mungkin mak boleh bantu.

Friday 14 September 2012

entry ini impromtu

tiba-tiba aku terfikir ke mana aku seterusnya. hijrah bermula, hijrah dari segalanya. semuanya bermula di serdang. bagaimana agaknya masyarakat serdang. bagaimana agaknya hari-hari ijazah pertama aku di serdang. dan seterusnya sehingga empat tahun kemudian. buat masa ini fantastik. bangkit saja darah muda. kembara aku masih jauh.

Friday 17 August 2012

dongeng itik

ok. terlalu nampak perbezaannya. terima kasih! seperti yang aku cakap, kau yang buat semuanya, tapi kenapa lain untuk setiapnya. dari layanan jelas segala. tona suara terbukti semua. lagi, teguran berunsur sarkastik, manyakitkan hati. oh, mungkin macam dongeng anak itik yang hodoh. ini pengajaran, setiap kisah ada iktibar. faham! geram nak cuba kurang ajar. cuma aku harap suatu hari kau sedar siapa yang paling tahu erti dan nilai menghargai. juga aku harap dijauhi dari aku dan juga keturunan aku.

Wednesday 1 August 2012

saja nak komen

aku pasti semua spesies homosapien mahukan kebebasan, bahkan binatang juga mahukan kebebasan.
bebas! bebas di sini bukanlah bermakna hidup dalam kebebasan tanpa pegangan. tetapi, kebebasan dalam membuat keputusan. kebanyakkan masyarakat asia kongkong golongan wanita tak kiralah isteri, anak perempuan, anak saudara perempuan, adik perempuan, teman wanita ecsetra dalam kebebasan mereka membuat keputusan, sedangkan kebanyakkan negara maju dinilai dari sejauh mana wanita mereka mampu membuat keputusan sendiri. wanita kaum yang lemah. ah! sterotaip! apa kurangkan kalau buat keputusan sendiri, at least dapat puaskan hati sendiri dari puaskan hati orang lain saja. mereka bukan lagi anak kecil yang masih berbarut atau berlampin. mereka ada akal dan boleh berfikir apa kemahuan mereka dan samaada ianya baik atau buruk. dah! tak payah menyibuk. puii!

Saturday 16 June 2012

teman


Aku tidak kisah jika aku disusahkan.
sebab aku fikir engkau teman.
cuma aku hanya perlukan sedikit penghargaan,dan sedikit tumpuan, cuma sedikit!
Itu sudah memadai bagi aku.

Percayalah.
tak sangka engkau sahabat dikala susah.
mungkin kini engkau sedang senang.
sebab aku yakin sahabat sejati takkan pernah berubah hati.
cuma aku nak pesan,
carilah aku bila-bila waktu,
kerana aku sahabat susah senang,
bukan macam engkau!

Sunday 20 May 2012

persoalan, jawapan.

ini perihal perasaan dan harapan tetapi menjadi persoalan. semoga dipertemukan jawapan. meminati, mencintai, serta memiliki. adalah perasaan juga harapan. minta pada Tuhan, kosongkan jiwa segera biar dipenuhi dengan zikir puji namaMu. terima, pasrah, redha, rela, ini kerja Tuhan, jika ada, ada lah. biar tinggal sejarah walau sebenarnya tidak melakar secalit pun. mungkin memang suratan. nasib tiada peluang, kalau tak, lebih merana tahap petala. sebab aku pasti, tidak kental, tidak tabah. kecewa dalam sengih, tak pasti, gembira dalam sinis atau sarkastik. semoga bahagia, harap dia hasil doa di jabal rahmahmu, pelengkap rusuk kirimu, tong oksigenmu, bulan pada malammu, matahari pada siangmu, dang wangi pada hang jebatmu, siti khadijah pada muhammadmu. seandainya dia cuba titipkan bajingan, aku cuba jadi serigala jadian.

Friday 11 May 2012

biar jiwa

renung sinar mentari, sambil gigit bibir sendiri, lamakah lagi? aku begini? alang indah bulan terang, nyalaan sinar dengan bintang. alang bunga kembang, indah pekat warna menyala. berkali aku bisik padaMu, minta beri hati yang tak buta, tak tuli, dan tak bisu. sungguh aku syukur.

Thursday 10 May 2012

hari-hari hari ibu


Melahir, menyusu, mengasuh, mengacah, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari, mengeja, membaca, mengira, mengorat dan semuanya adalah angkara bonda. Sungguh, semua berinspirasikan ibunda hingga infiniti. Izharlah, bonda segalanya, dari merah bayi hingga dewasa kini. Aku bersyukur punyai pari-pari sepertimu, semoga ibunda bahagia. Akukan terus memeluk dan menciummu. Aku janji.

Hilaian tawaku membelah langit memberi seinfiniti makna buat bonda yang bergembira tahap maksima, sekelip melupakan penderitaannya. Jelas, bonda adalah perajurit tegar mendewasakan aku tanpa rungutan. Melayani aku yang bermacam karenah, malah tetap diaju acahan dan gurauan bonda, yang penting aku bergembira. Mulianya kau dan ku pasti milik syurga kelak.


Tuesday 1 May 2012

mana rasa?

sumpah, memang aku perlukan perhatian. kasihan. bengang sampai petala, kau pentinglah semua sampai aku tak rasa yang perlu kau beri dan apa yang patut aku rasa. tak kisah sebenarnya sebab memang dah biasa. bila nak rasa macam orang lain rasa entah, aku pun tak rasa yang aku akan rasa. takpa aku redha. aku akan cuba beri rasa kepada sesiapa yang perlu merasa, supaya dia tak terasa apa yang aku rasa. rasa sayang hey rasa sayang sayang hey. tolonglah terasa dengan apa yang aku rasa ni wahai manusia yang tak cuba tunjuk nak beri rasa walaupun aku tahu dia juga rasa.

nasib jadi baik

bodoh? entah. baik? susah sebenarnya. mak pesan, jangan baik sangat sampai orang anggap hang bangang. bangang ke? kesian kot. dah hidup hampir dua dekad tapi satu benda pun tak tahu. tolonglah berdikari, jangan terlalu bergantung, macam ni nak survive? ah, malas nak ungkit, ok, aku ikhlas. nak minta tolong sila berpada. jangan ingat kau saja ada hati? hati kau saja ke nak jaga? ya, kau ada hati tapi tiada hati perut. sekian! sumpah aku bengang.

Friday 16 March 2012

ada beran?

hidup memang macam menunggang basikal, untuk mengimbangi memerlukan kita terus bergerak. tak semua yang kita mimpi mudah kita capai, kalau macam tu bukan kehidupan namanya sebab kehidupan ni memang celaka, tetapi penuh kemanisan dan penuh adventure. macam yang kita tahu, orang yang berjaya lebih banyak kali gagal dan lebih berat dugaan sepanjang plot kehidupannya, dan mereka yang mempunyai kekuatan untuk bangkit semula akan terjamin kejayaannya. tetapi kejayaan itu bukan bermakna tidak melakukan kesilapan, cuma tidak membuat kesilapan yang sama dua kali. memang homo sapiens penat dengan agoni tetapi mereka perlu pupuk semangat antusias tidak kira mereka normal mahupun disleksia  sebab semua mereka yang berjaya memiliki sifat yang sama, iaitu berani gagal, berani berimpian, berani mencuba dan berani untuk mencapai impian yang ingin direalisasikan. konklusinya adalah berani.


Kejayaan seumpama kekasih, it'll leave us at anytime, tapi kegagalan adalah macam ayah atau mak kita, dia ajar pengertian hidup. agcoco-

Sunday 19 February 2012

Mereka orang kaya


Bila cakap pasal kaya semualah raja. Semua nak jadi macam Bill Gates raja komputer, tapi tak bergerak mana pun. Sembang bukan main lagi ‘gedegang’nye. Bila sebut pula Warren Buffet semua menggila nak jadi raja pelaburan juga, tapi hampeh, bercakap mengalahkan ombak besar padahal ombak rindu pun tak tahu. Raja komunikasi si Carlos Slim Helu pun ramai berangan nak jadi macam dia. Tapi berlagak pakar semua, berborak engkaulah ‘google’ semua benda kau kelentong. Ye, memang kau sorang yang tahu semua. Ingvar Kamprad si raja perabut juga menjadi inspirasi. Sibuk nak buat perabut juga, sekalinya perabut entah ke mana, berserabut yang tinggal. Sibuk berbincang perihal si raja besi Lakshmi Mittal, dan engkau pon akui nak jadi besi. Besi ape kau nak jadi? besi buruk lah kot. Hina besi sebab karat tapi hina kau sebab bangsat. Mereka kaya, kau kayap, akhirnya tertiarap.

Thursday 9 February 2012

tanpa tajuk

tak kira apa saja cara kau berhubung, pasif, agresif, asertif mahupun manipulatif, semua berhubung kait dengan perumpamaan keturunan, walid borek walad rintik, ah lebih kurang! semua yang rigid diomel mahu yang dinamik, sila beruntung dengan apa yang ada. sila sedar yang diri hamba yang majnun tanpa mukjizat. sekian dengan sunggingan senyuman.

Wednesday 18 January 2012

3 dalam 1

toleh kiri kanan bawah, tapi bukan belakang, mencari peluang yang tak pasti. terlintas menari nari syaitan sambil pegang tongkat garfu, lesap terpadam disembur aerosol, terlintas pula kesedaran, bermonolog di mana persediaan diri? wahai si tak sedar diri! terasa nak kutuk diri sebab tak sedar diri sampai tahap sembilan point sembilan, tapi bukan seratus peratus, tapi bukan juga sesiapa yang perlu dipersalahkan kerana memang begitu hakikatnya kot. sial! aku tak pasti. tapi yang pasti aku merencana cuma tak pasti berjalankah? ah, sekurang-kurangnya aku berencana. celakanya keliru. memilih dan dipilih aku tak tahu mana nak pilih sebab aku tak nak menyesal lagi dengan pilihan. semua tanya, azam tahun baru? aku kerut dahi, tercantum kening aku yang lebat ni, memang nak berazam perlu tunggu tahun baru ke? terbermonolog sekejap. spontan terfikir. tak lah sial, setiap masa kita ada azam baru doh. malas nak ulas, sebab kesal dengan mentaliti begitu, cukup sampai situ kau tahu. blah!

sampai tua, FJ

kasih
kesatkanlah air mata
ku dah tiba
kasih
percayalah aku kan ada
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
kasih
biarkanlah apa saja
takdir kita
kasih
pegangkanlah jariku lama
sampai tua
ini sumpahku padamu
usah kau patah dan layu
garing siang malam beku
pasakku teguh untukmu
mungkin taufan akan surut
tetap datang petir ribut
setiapnya aku sambut
untukmu takkan ku takut
dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
aman saja aku ada
dihirupratah pun tetap berpimpinan berdua
sampai tua
aku ada
sampai tua
takkan ku takut

P/S; seriously entry ni untuk mak ayah aku