Wednesday, 27 July 2011

gelegak

kau bilas berak pakai sanitiser, tak macam aku lap guna papirus. aku pakai sarong coklat tua reput, kau ikat leher guna dasi pekat menyala. kau mandi dalam jakuzi malah aku timba telaga. aku tidur atas mengkuang usang, kau terlentang atas tilam dalam tenggelam. gadjet aku besar warna biru masuk syiling, tapi kau pakai gadjet mewah skrin sentuh. kasut aku polo dari golok tapi kau dolce and gabana import jauh. kau lepak starbuck minum kapocino, tapi aku singgah mamak mintak teh o. kau bercuti siap guna pasport, cuti aku cuma kekah pokok getah mohon susu. bedak aku bedak sejuk campur air, tak macam kau bedak lancome dari paris. kendera kau lambang W besar lengkap dengan pemandu cekap, tapi aku cuma kendera kotak ada empat puluh empat kerusi penumpang. terlalu jauh jarak kita bagai kutub utara ke kutub selatan. tapi kita tetap sama cuma hamba tuhan yang naif. jangan riak dengan hadiah tuhan takut tersumbat dalam tanah macam qarun. jangan fikir kau akan bahagia selamanya dengan semua yang kau ada jika kau tak pernah sedar yang semua nikmat tuhan beri itu sementara.

Saturday, 16 July 2011

luntur

tak mampu mengarahkan angin, tapi boleh mengemudi layar. masih tak tegal walau dah alah bisa. jiwa kosong sukar nak kenal identiti. fikiran tak tenang jiwa tak tenteram. bukan tak nak ambil tahu cuma tak jelas kefahaman. cuba perbaiki tapi masih samar mujur tak gelita. perlu pedoman tapi tak sinis. emosi gelas jiwa, risau berderai tanpa sokongan. serius, perlu bahu untuk meluah. bukan sebarangan bahu, hanya bahu yang tahu erti perit bukan pahit. tak kental risau luntur tanpa hasil. doa, usaha rakan seiring. semoga bertahan tak terjunam di lembah

Friday, 10 June 2011

bermula di sini

degup jantung lebih deras dari derap langkah. di sini segalanya baru bermula. tak tegal kerana tak alah bisa. lihat manusia ibarat semut kelahi masuk lubang dengan bekalan, inilah persaingan. dongak ke atas renung keluasan langit dengan awan berselerakan, inilah keindahan. tunduk ke bawah, batu-batu hitam rata tersusun kelihatan, tetapi ini kesepian dalam realiti. tidak akan ada kehidupan yang aku angankan seperti syurga yang wajib kita imani, tetapi aku cuba untuk hidup seperti kehidupan yang aku angankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita-cita dan harapan. begitulah, celakanya kehidupan tetapi itulah kemanisan dan kepuasan yang sebenar. tujuh lautan perlu direnang, luas benua untuk direntas, masih jauh tak tercapai tetapi perlu sampai dalam seketika bukan sekelip mata kerana bahu memang berat memikul. minat perlu dibancuh dengan rasa kasih dan dedikasi setiap masa, cuma perlu bahu dan telinga untuk luahan rasa kerana dengan mendengar amat menakjubkan, dapat mengubah segala serta amat memahami dengan mendengar.

Saturday, 23 April 2011

kasihan

Kasihan, mungkin dia perlukan perhatian..kasihan by hujan

Membungkam lesu, serius sakit hati, tak tahu apa salah diri, terasa macam tak dihargai tak disayangi, tak pernah pinta, tapi mereka yang reka, siapa yang cari pasal, tak padan dengan alasan, padahal tak capai kepuasan, sengaja minta perhatian, diberi arahan tunduk turuti, bukan soalan perlu jawapan, risau nanti dimaki menjawab, patut tuhan cipta pagar supaya berhati-hati, tak macam mereka yang mesra, perlu kembali seperti dahulu, walau tak seberapa bahagia tanpa kimia. Tolonglah sedar, jangan fikir diri sendiri sampai tanggungjawab tak dirasai, malah minta dihargai. Terlalu merasakan diri terhebat, ego yang kuat, sampai ramai yang meluat.. kembali ke tempat asalmu!

Tuesday, 22 March 2011

\m/

To the SPMers, u have done what u can, u did ur best. May u all have wonderful results :)

Thursday, 17 March 2011

local film

apa guna pelakon korporat
pada pelakon hidup melarat
mengapa tayang cinta terhalang
bila rahmat tuhan tebar melayang

hantu sudah penat
tunggu manusia cari malaikat

matluthfi90 =)

Wednesday, 16 March 2011

rukun manusia

berilah sedikit kepercayaan, masih dalam percubaan, perlukan latihan dan asahan, kalau tak mencuba sampai bila nak cuba, jangan terlalu negatif dalam berfikir dan terlalu berhati-hati, sifat santai juga perlu pada waktu tertentu. lagipun segala ketentuan telah ditentukan, hanya berserah yang pasti. pangkat cuma atas sekeping kertas tapi kemahiran masih tercungap bukan sebab apa cuma tak diberi peluang dan kemudahan. kemahiran juga atas pengalaman tapi tiada ruang untuk mengalami. kemudahan pula bukan untuk kegunaan sendiri tapi juga milik awam, simpan cantik kalau boleh bawak mati ada juga faedah..manusia-manusia!

Monday, 14 March 2011

skuci vs roda

hidup ini macam benang dalam skuci. sampai satu masa benang pun habis. terpulang samaada membuahkan hasil yang baik macam jadi sepasang baju ke, atau tersimpul mati dicakar kucing jiran ke, ataupun habis diguna setiap kali lepas makan untuk buang tahi gigi menggantikan floss, dan habis reput sebab sememangnya tak reti menjahit langsung! tu juga macam sebuah kehidupan, pelbagai ceritera yang tersirat dan tersurat dalam sejarah masing-masing. manusia sebagai aktor dalam kehidupan perlu mencorakkan lakonan supaya dapat mempelbagaikan gaya lakonan dan mempunyai kelainan dari pelakon-pelakon lain semestinya. jalan cerita juga patut diseimbangkan macam kita belajar komsas dulu dengan plot yang betul dan pastinya diserikan dengan gaya bahasa yang memang indah. untuk mengindahkan jalan cerita, kita perlu kreatif dalam mengatur hidup kita, lagi-lagi kita ada peluang yang terlalu singkat untuk kecapi segala kurniaan dunia disamping mengejar jaminan akhirat. selalu kita dengar hidup ibarat roda, kadang-kadang di atas kadang- kadang di bawah. tak dinafi, tapi saja nak cari pemanggang semangat baru dengan perkataan yang baru. bentuk skuci dan roda, kedua-duanya bulat tapi skuci special sikit sebab boleh gulung benang. benang tu ibarat jangka masa hidup kita bermula dari permulaan benang sampailah ke gulungan yang terakhir sebelum benang dan skuci terpisah macam jasad dan nyawa. sebuah kehidupan tidak boleh dibeli walaupun anda seorang hartawan dunia, pastinya kita perlu menghargai setiap zarah-zarah oksigen yang disedut masuk demi meneruskan sebuah kehidupan.

Friday, 11 March 2011

terima kasih

terima kasih sebab selalu dodoikan saya,
terima kasih sebab teman saya buat kerja sekolah setiap malam,
terima kasih sebab bawak saya pergi jalan petang-petang,
terima kasih sebab buatkan makanan kegemaran saya,
terima kasih sebab menjaga saya ketika demam,
terima kasih sebab bacakan buku cerita sebelum tidur..
terima kasih mak...

comel jugak mak aku ni =)

Wednesday, 23 February 2011

mimpi malam tadi

Turunnya dari teksi, kaki si gadis berpijak di atas bumi yang nyata dengan beralaskan sepasang kasut kaler krim cap onitsuka tiger sambil tersarung stoking pendek yang berada diparas buku lali sehingga menampakkan rantai kaki berloceng yang diperbuat daripada logam argentum atau lebih dikenali silver, gadis ini mempercepatkan kelajuan pergerakan dua batang kakinya, sedikit pun tidak membataskan pergerakannya walaupun dia menyarung pakaian tradisional melayu iaitu baju kurung yang diperbuat daripada kain cotton bercorak bunga-bunga kecil berwarna pastel dijahit oleh bonda si gadis, yang penting hasrat si gadis mahu tiba ke destinasi tepat pada waktunya. Ketika gadis ini fokus dengan hasrat dan tujuannya, sempat lagi dikerling jam tangan swath evening only di tangan kirinya bimbang kalau-kalau dia sudah terlewat. Si gadis tiba ke destinasi sedikit awal dari waktunya dan dia mengambil keputusan untuk membetulkan aliran penafasannya yang sedikit tercungap dengan duduk bersandar di bangku sambil tangannya menyeluk beg tangan yang merupakan rekaan terbaru di pasaran mencari objek leper berbentuk bulat. Si gadis membuka objek tersebut, membetulkan pemakaian pashmina yang digayakannya hasil daripada tontonan tutorial dalam youtube oleh hana tajima, yang kini pemakaian pashmina telah menjadi satu fenomena bagi gadis- gadis comel di luar sana setelah kemunculan penyanyi lagu ‘gadis semasa’ yunalis zarai, si gadis tak kisah ape orang nak cakap, nampak serabut ke, rimas ke, selekeh ke, meluat ke yang cuma dia anggap itu seni dalam fesyen, JANJI TUTUP!! Sempat lagi dia menempek sedikit bedak di muka sebelum mencampak kembali objek tersebut ke dalam tasnya. Si gadis menggerak-gerakkan ibu jari kanannya di atas permukaan gadjet mewah era ini untuk mendail nombor seseorang sambil matanya melilau mencari kelibat yang dikenalinya dan telinganya menangkap bunyi ‘ting tong’, pesawat boing MH3336 ke Jakarta akan berlepas 30 minit lagi, diminta semua penumpang masuk ke balai berlepas sekarang’ (lebih kurang macam tu la ayatnye). Si gadis tergamam secara drastik dia berdiri dan berlari ke pintu balai berlepas sambil menggenggam gadjetnya setelah gagal menghubungi seseorang itu. Matanya ligat mencari seseorang, terasa bahunya dicuit beberapa kali dari belakang lantas si gadis memusingkan kepalanya 180 darjah ke belakang untuk mengenal pasti siapa gerangan yang mencuitnya. Kelihatan seseorang yang dicarinya tadi iaitu sahabat baik si gadis yang hampir keseluruhan mukanya basah lenjun berlumuran air mata cuba senyum paksa kepada si gadis. Kedua-dua mereka terkedu sesama sendiri, tak mampu untuk berbicara bagaikan lidah masing-masing kelu. Mereka berpelukan sebelum si gadis sempat membisikkkan ke telinga sahabatnya sejak lahir yang tesedu-sedu itu sebaris ayat ‘good luck’. Si gadis meleraikan pelukan mereka dan kelam kabut mengagau sesuatu dalam begnya mengeluarkan sebungkus kertas tisu dan dihulurkan kepada sahabatnya. Rakan si gadis pergi untuk menggapai sebuah impian, kenapa si gadis perlu bersedih sedangkan dia sepatutnya bergembira atas pencapaian sahabatnya yang lebih berjaya darinya yang hanya layak menyambung pangajian asasi sains. Si gadis melambaikan tangan kepada sahabatnya yang semakin jauh dari pandangan sambil mengharap semoga persahabatan mereka kekal sampai ke syurga, si gadis yang tersenyum bahagia terasa tangannya ditepuk kasar sambil telinganya menangkap suara bondanya ‘kakak! Bangun sembahyang subuh’ ternyata semua di atas merupakan wayang dalam tidurnya, tetapi si gadis sentiasa mengharap semoga wayang tidurnya bakal ditayangkan dalam dunia realiti...

Wednesday, 16 February 2011

jiwa bertopeng


kamu berak merata, manalah orang tak mengata, aku tak kata, tapi mereka yang kata. orang lalu, tapi kamu melulu, manalah orang tak berbulu. kamu tu selalu buat muka ketat, orang pon naik meluat, tak sanggup nak melihat. sekali direntap, kamu dah sentap, jiwa kamu tak tetap, hati kamu tak kejap. kamu berlagak pulak, memanglah orang rase nak sepak, sambil baling kerak. kamu jangan ingat ini boria, siar di astro ria, boleh tengok sambil minum air madu ria. kamu yang makan kari, tapi tuding jari, patutlah polis cari. terdiam siut, buat muka kiut, bila terbau kentut. mula cari idea, siapa punya angkara. berhentilah kamu dari ber'acting' sebab director pon dah pening...

Wednesday, 19 January 2011

impian ke??


sudah terlalu mimpi, lama ku ingini. kini! sedang ku jalani, namun taklah mudah, penuh suka duka, ku harungi semua...impian! kini kenyataan, untuk gapai bersama denganmu teman, bersama! kitakan terbang tinggi di awan!! ku fahami semua, suratan yang kuasa, semua realiti yang ada, takkan kusesali, apa yang terjadi, ku berserah pasti. impian! kini kenyataan, tuk gapai bersamamu teman, impian, bersamamu teman ku raih harapan.

Friday, 14 January 2011

bunga tisu la

satu hariku duduk di situ, aku menunggu sampai buntu, mana boyfriendku?? kau datang padaku si baju biru, kau berikan aku bunga tisu, eh, ape tu??oo bunga tisu, kau beri padaku, dan kau kata i love you, lidahku jadi kelu, oo bunga tisu!! bunga darimu, akan ku simpan dalam poketku, oo bunga tisu!! bunga untukmu, akan ku simpan dalam hatiku, senyummu menawan, kau sungguh menggoda, namunku kini telah berdua, boyfriendku di depan, jangan kau berangan atau pasang angan, bunga tisu!! hanya kenangan, selamat tinggal kawan, oo bunga tisu!! kau beri padaku dan kau kata i love you, lidahku jadi kelu, oo bunga tisu, lagu untukmu, akan ku simpan dalam hatiku..hanyalah sebuah lagu...

Saturday, 8 January 2011

si patah hati


duduk membungkam buntu, menunggu sampai jemu, mana si kurus? jangan perasan boleh tak! 'dia mengabaikan kau, melupakan kau' paham tak wahai perempuan. berlarilah kejar impian kau tetapi berhentilah mengharapkan sesuatu yang tak berapa nak pasti bahawa diakah milik kau. janganlah bazirkan air mata kerana deraian itu lebih memarahkan luka didada dan akan menyebabkan kau jatuh tersungkur dikala mengejar bayangan. jangan ditangis, jangan diraung kerana kau anggap dia segala, sedarlah bukan dia beri kau kesejahteraan malah kesengsaraan. jika iman kau masih didada pasti kau tahu siapa segalanya. siapa yang beri kau kesejahteraan? siapa yang tidak pernah melupakan kau? pasti kau tahu kan, sudah pasti Dia si pencipta kau. apa kau sedar kau lupa diri. tidakkah kau rasa naif...sememangnya itu kau!! sudahlah dengan pengharapan kau pada harapan yang pernah kau harapkan dan sentiasa kau mengharap tetapi itu hanya harapan palsu tak pernah tertulis hitam putih seperti surat-surat kerajaan siap dengan cop dan tandatangan. apa kau buta? kau tak nampak lain selain dia. bersepah yang lebih sempurna dari si kurus. persetankan dia, sudah tertulis perempuan dipasangkan dengan lelaki apa kau risau, pasti ada si adam kau yang sedang membina sahsiah kepimpinannya kerana pada perempuan itu pasti ada kekurangan dan adam yang benar-benar layak pasti akan datang melengkapkan kekuranganmu. jangan jadi bodoh! jaga diri, hiasi keimanan kerana allahuRabbi wahai si patah hati yang putus harapan!!

Saturday, 30 October 2010

(a)(k)(u)


aku bukanlah gadis yang manja
tak sama seperti mereka
akulah aku
gadis biasa
diriku penuh tawa dan ria
yang sebenarnya tiada siapa mengerti
apa yang telahku lalui
inilah cara ku curah isi hati
ku nyanyikan lagu dan puisi
walau ku begini
aku mudah disenangi
gelak tawa disisi
senyuman tiada henti
ku ceria setiap hari
aku suka pelangi
walau sukar dicari
penuh warna warni
sungguh indah sekali
aku suka menyanyi
namun benci menari
yang masih mencari
hasrat di dalam hati
aku begini
masih begini
inilah aku

Saturday, 4 September 2010

rawat hati


aku pandang sengih...engkau balas sinis...aku tanya baik...engkau jawab taik...aku ikrar benci engkau...sumpah tak nak dekat, sumpah aku hindar...engkau lah paling hebat...aku ini dungu belaka..bangga lah, teruskan berbangga, benci, sungguh jelik lihat engkau,, sombong, berlagak dari merak..padahal macam gagak, konon kaya guna duit bapak..kereta besar rokok panjang...kiri kanan diapit balaci tegap, wanita malang perjudi diri..wahai saudara sedarlah kawan..kita serumpun sebahasa, sebangsa, seagama...malah senegara, lain kau bijak layak ke seberang...engkau bebal tak bisa sangkal, engkau dongak bintang di langit jangan lupa rumput di kaki, di mana kau ada kau tetap hamba tuhan walau gelongsor pelangi citra warni, itu tetap milik tuhan, engkau juga milik tuhan termasuk kau berjalan pijak bumi tuhan. kau jatuh terhunus, kau tak mampu membayar nyawa walau emas sampai langit, hidup kau tak punya apa-apa, apa kau sedar kasih bisa tepis segala, tak kira kasih si kekasih, kasih sang keluarga, kasih para guru, kasih seorang teman sahabat...kasih membuak-buak dengan sayang, berlari mengendong sayang penuh tertib risau berselerakan...itulah erti...masih lagi berpuluh-puluh kali tak faham...ramas jari jemari, genggam penuh erat tumbuk meja kuat...bingkas bangun tunai solat penuh rukun. bangunlah hai kawan....


Sunday, 15 August 2010

kenapa??


Aku kata pulas, engkau kata hempas...tak tahan rasa macam nak bidas..sekali aku bagi ampun dua kali aku jadi penyamun.. ikut kebal dia yang keras maklum saja adamlah dia. siapa kata hawa durjana, kerana hawa adam tertewas..tanpa hawa adam tak kemana, menagih kasih dahaga cinta..gugur setitis cairan mata si hawa bisa melumpuh adam si tegap. hawa bukan sebab utama tapi ada satu musabab. cinta hawa ibarat konkrit tapi adam suka merengek. jemu pandang tak dihirau, sedih sangat nasib si hawa..teguh menanti walau tak pasti...adam gembira dilubuk puaka...hawa di sini setia membilang, jari dibilang tak terbilang, demi menongkah lautan rindu. bulan diriba tak dihirau, janji setia pada si adam. hawa gersang menanti adam tanpa hirau makan dan pakai... hawa redha adam pergi..hawa penat terus lelap.. tinggal cuma satu amanat...kini adam baru tahu betapa dirinya ibarat kera..hanya mampu menghidu nisan... amanat diberi janganlah alpa untuk membentuk insan sejahtera... walau adam macam puaka hawa tetap anggap pusaka.. betapa mulai hati si hawa, kenapa dia masih bisa ditindas??

Tuesday, 10 August 2010

[h][i][d][u][p]


Sebuah rumah yang besar boleh kita beli,
tetapi bukan sebuah kediaman;
Buku yang banyak boleh kita beli,
tetapi bukan membeli pengetahuan;
Pangkat darjat boleh dibeli,
tetapi kehormatan tidak jua dimiliki;
Seks juga boleh dibeli,
tetapi kita tidak boleh dijual beli;
Darah boleh dibeli tetapi,
kita tidak boleh membeli sebuah kehidupan;
Hargailah sebuah kehidupan...

Friday, 6 August 2010

Manusia itu tanah

Hidup ini terlalu singkat, malang jika kita penuhkan dengan sengketa dan air mata. Hidup ini tak selalu indah kerana di situ terletak indahnya kehidupan. Siapa kita untuk bercakap soal hidup dan mati, tugas kita sebagai manusia hanya beramal dan terus beramal. Mengingati mati itu adalah sunat, tetapi merancang untuk mati bila itu otak sendat. Hanya Dia yang mencipta kita tahu tugasNya, kita sebagai hambanya perlu duduk berteleku dongak kepala rapatkan tangan terus mantapkan keimanan kepada Dia yang maha Esa. Sedarkah kita hai manusia yang hina, kononya kita dicipta dari tanah. Bukan dicipta dari tanah sebenarnya tetapi berasal dari tanah. Saintis inggeris menyangkal keras kerasan statement tu. Mereka menyatakan manusia sebenarnya dicipta dari sel terkecil sperm yang disenyawakan dengan sel terbesar ovum dan seterusnya menjadi zygote, morula, blastocyst dan membesar menjadi embryo dan seterusnya feotus sehingga lahirnya bayi. Bukanlah kita ini terlalu jahil untuk mengatahui semua perkara itu, cuba pejamkan mata bukan untuk tidur tetapi berfikir sedalamnya sememangnya kita hidup sangat memerlukan oksigen. Oksigen dihasilkan daripada proses fotosintesis yang dijalankan oleh tumbuhan hijau yang hidup subur tertanam dalam tanah. Tanah?? asal kita?? Izhar di sini, kita manusia sangat dekat dengan tanah hinggakan kita mati juga ditanam dalam tanah dan mereput hingga kembali kepada tanah. Ghalibnya, kita lupa untuk berfikir dengan baik dan sempurna seiring dengan ciptaan Tuhan yang sehingga kini masih belum dapat dicipta oleh manusia iaitu otak. Sedarlah hai manusia, ubahlah penerimaan tepuklah dada tanya selera, janganlah kita sudah menjadi kura-kura terlentang baru hendak memulakan langkah untuk menghargai kehidupan itu.