Monday, 14 March 2011
skuci vs roda
hidup ini macam benang dalam skuci. sampai satu masa benang pun habis. terpulang samaada membuahkan hasil yang baik macam jadi sepasang baju ke, atau tersimpul mati dicakar kucing jiran ke, ataupun habis diguna setiap kali lepas makan untuk buang tahi gigi menggantikan floss, dan habis reput sebab sememangnya tak reti menjahit langsung! tu juga macam sebuah kehidupan, pelbagai ceritera yang tersirat dan tersurat dalam sejarah masing-masing. manusia sebagai aktor dalam kehidupan perlu mencorakkan lakonan supaya dapat mempelbagaikan gaya lakonan dan mempunyai kelainan dari pelakon-pelakon lain semestinya. jalan cerita juga patut diseimbangkan macam kita belajar komsas dulu dengan plot yang betul dan pastinya diserikan dengan gaya bahasa yang memang indah. untuk mengindahkan jalan cerita, kita perlu kreatif dalam mengatur hidup kita, lagi-lagi kita ada peluang yang terlalu singkat untuk kecapi segala kurniaan dunia disamping mengejar jaminan akhirat. selalu kita dengar hidup ibarat roda, kadang-kadang di atas kadang- kadang di bawah. tak dinafi, tapi saja nak cari pemanggang semangat baru dengan perkataan yang baru. bentuk skuci dan roda, kedua-duanya bulat tapi skuci special sikit sebab boleh gulung benang. benang tu ibarat jangka masa hidup kita bermula dari permulaan benang sampailah ke gulungan yang terakhir sebelum benang dan skuci terpisah macam jasad dan nyawa. sebuah kehidupan tidak boleh dibeli walaupun anda seorang hartawan dunia, pastinya kita perlu menghargai setiap zarah-zarah oksigen yang disedut masuk demi meneruskan sebuah kehidupan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment